27 December 2009

ahli keluarga baru

sempena awal muharam yang disambut oleh semua umat islam seluruh dunia, aku n family dapat satu hadiah yang sangat-sangat istimewa dan bermakna. kami sekeluarga dikurniakan seorang bayi lelaki yang sangat comel. owhonda chikakwoikremagbadu as-siddiq bin abdullah. alhamdulillah..

dah lama sangat teringin nak adik lagi sorang. dulu pernah mintak kat ayah tapi ayah suruh beranak sendiri. ade pulak kan? dah kasi green light suh kawen la 2. hehe.. tp aku blom bersedia tuk sume tu, takut tak tertanggung tanggungjawab yang ada. eh! ni da cerita lain dah ni.

ok2. berbalik pada cerita pasal Siddiq(family aku panggil dia Siddiq) yang sangat comel itu. sorang baby sangat suci dan tidak langsung bersalah dengan lahirnya dia dalam dunia ini. semua ini lelaki jahanam itu punya kerja! marah sangat! ni lah dia sikap 'segelintir' lelaki yang tak tahu langsung bertanggungjawab! doa agar lelaki macam tu mati pucuk! ups! over ke? ok. tak perlulah aku bagi tahu siapa emak kandungnya. yang pentingnya aku mahu dia selamat dan dibesarkan seperti budak lain.

Siddiq dah di 'adopt' (cam 2 ke eja die?haha!) oleh family aku. moga kehadiran dia dapat membahagiakan kami sekeluarga. aku dah nampak perubahan kat family aku. kalau dulu rumah aku tu sunyi sangat tapi tak lagi sekarang. adik aku yg dulu suka sangat keluar sampai tengah malam sekarang ni dah selalu 'lekat' kat rumah walaupun bukan hari-hari. dia sayang sangat dengan 'adik baru' dia tu.

tapi petang semalam ibu die datang. bawak dia pergi. sedih! rindu! bukan aku sorang tapi semua. satu keluarga rasa kehilangan termasuk semua kucing2 aku! walaupun hanya dibawa untuk 1 malam kerumah salah satu family yang pernah jaga Siddiq n ibu die dulu. kalau ikut apa yg ibu Siddiq janji dia nak anta Siddiq mlm ni. tapi entahla. harap-harap dia tepati janji.



*apasal ayat aku skema semacam je??

No comments:

Post a Comment