23 December 2009

penat!

mungkin pergi sana sini tanpa tujuan
duduk terperap kat rumah tanpa apa-apa yang boleh dilakukan
atau hanya tidur yang mampu menghilangkan bosan
tapi sampai bila mata mampu tertutup lelap?
sampai masa akan terbuka luas menatap hari yang malap

penatkah aku kalau merungut setiap masa?
syukur masih ada telinga yang mampu bertahan akan setiap butir bicara
tapi sampai bila akan dia betah menadah telinga mendengar segala cerca?
mungkin hatinya juga ada terdetik rasa bosan atau runsing mendengarnya
tapi hanya itu yang mampu aku lakukan untuk mengisi masa berama

andai suatu hari aku terdiam?
malas mahu kata apa-apa
pelikkah itu?
mungkin ada yang menegur buang tabiat agaknya aku
huh!

No comments:

Post a Comment