12 January 2010

asal-usul

mungkin ramai yang tak tahu aku ni berasal dari keturunan pantang tanah. dan mesti rmai jugak yang tak tahu apa tu pantang tanah. kalau diikutkan cerita yang disampaikan secara turun temurun dari nenek dan jugak arwah moyang aku, kami ni berasal dari keturunan Bugis dan Rawa.

Asal usul pantang tanah ni kerana Raja asalnya tu yang berketurunan Rawa telah tersilap membunuh satu-satunya putera yang ada, sebab takut akan firasat bomoh yang mengatakan ada seorang yang telah lahir mengambil kuasa ditanah Rawa. Lalu diperintahnya selagi ada bayi lelaki yang lahir pada tarikh yang difirasat itu dibunuh semuanya.

Disebabkan suasana kelam kabut, pengasuhnya sedang mendukong Putera Rawa tersebut di luar Istana terkejut bayi yang didukungnya dirampas olih pengawal raja Rawa untuk diBunuh.
Setelah selesai kerja pembunuhan dilakukan maka Raja Rawa meminta Puteranya dari pengasuh tersebut, alangkah terkejutnya bahawa Puteranya turut dibunuh kerana perintahnya yang zalim itu.

Maka Tiada lagi waris yang boleh memerintah Tanah Rawa, lalu diperintah pulak ambik putera raja dari berbagai jajahan dari negeri untuk dijadikan Waris Rawa, tapi semuanya mati.

So, Raja Rawa meminta dari Raja Bugis untuk mengambil Puteranya menjadi Waris Rawa, tapi diberi satu syarat dan adat, iaitu Putera tersebut tidak boleh memijak tanah selagi upacara memijak tanah diadakan.

Bila Raja Bugis tu dah ikut syarat tu , Putera Bugis itu hidup dan menjadi waris memerintah tanah Rawa.

Maka jadilah adat pantang tanah sehingga hari ini, setiapa keturunan Raja Rawa walaupun perempuan atau lelaki mesti mengikut adat pantang tanah sehingga adat dan upacara diadakan, barulah bayi itu dibenarkan berjalan diatas tanah. Kalau tak cirit birit kuning hijau akan terjadi dan bayi itu akan cacat atau mati. itu apa yang difahamkan oleh nenek pada aku.

mungkin ada yang anggap benda ni khurafat, tapi ni sumua adat keturunan keluarga aku. buat masa ni aku dah nampak siapa yang dah dapat habuan sebab langgar pantang larang keluarga. aku tak nak cakap banyak-banyak. cuma ikut je lah kalau dah itu yang ditetapkan oleh-Nya. bagi orang luar yang nak berkahwin dengan ahli keluarga aku, aku harap orang tu faham dan hormat adat kelaurga aku. ikut je lah apa yang dah ditetapkan. bukannya sudah pon nak upacara turun tanah ni. tak makan ribu ringgit pon.

Inilah sejarah yang tersembunyi dan ada jugak tak nak ngaku dorang sebenarnya berdarah Raja Bugis campur dengan Rawa. aku sendiri macam tu. baru kali ni aku rasa nak tulis pasal asal-usul keluarga aku ni. haha..

ni la sikit-sikit cerita pasal keturunan Raja Rawa + Raja Bugis. buat masa sekarang ni nenek (orang rawa panggil datuk denggan paggilan nenek dan uci untuk opah atau nenek) selalu kasana kesini utk buat upacara jejak tanah ni.
lepas ni aku tak tau lah dia nak turunkan kat sapa. aku dengar dia nak bagi kat mak ngan atau ayah aku.

No comments:

Post a Comment