aku penat? kenapa? banyak berfikir mungkin. tapi fikir pasal apa? itu yang aku tak tau. aku fikir benda yang aku pon tak tau apa yang aku fikir. faham ke? aku pun pening. dan dah datang migraine dah pon. tunggu masa nak parah je ni. mungkin?? kalau parah? tergolek je lah satu hari. atau mungkin dua hari? atau? entah lah aku tak tahu apa yang akan jadi esok. mungkin akan baik bila aku bangun dengan tenang. kalau dalam keadaan yang tenang. mampu ke aku bertenang dengan keadaan otak yang berserabut macam ni? study..assignment..class..penat..ada lagi tak? aku kena serang lagi ni! migraine!
tapi mungkin migraine ni datang sebab tak cukup rehat atau tidur? adakah itu salah satu kemungkinan diserang migraine? tapi bukan migraine yang aku nak ceritakan pada kali ini. aku tak tahu apa yang akan terjadi lepas ni. apa yang aku tahu aku..entahlah. aku tak tahu apa yang aku rasa sekarang ni. aku tulis bukan untuk tambah runsing sesiapa atau untuk suruh orang fikirkan apa yang aku tengah fikir sebenarnya. cuma tangan ni yang tak mampu nak berhenti menaip. tak salahkan? entah lah. entah lagi? masih timbul tanda soal tu. macam 'the mask'(betul ke?) mungkin. sampai naik hijau muka sebab banyak sangat tanda soal dalam hidup. huh! itu semua rekaan. tak sama dengan realiti.
berat betul beban hidup ni. tapi ibu pesan aku tak boleh merungut. aku tak boleh putus asa. aku kena kuat. kalau tak kuat pon kena kuatkan jugak. tak ada excuse selagi aku ni anak sulung!aku anak sulung. hah?! aku hampir lupa kenyataan tu. aku anak sulung. ya! seorang kakak pada seorang adik lelaki. ups! dua orang adik lelaki. berat betul beban yang aku kena pikul. beban sendiri pun tak terpikul rasanya. semua tanggungjawab akan diletakkan atas bahu seorang anak sulung. adil ke macam tu? mampu kah aku? aku sendiri tak yakin. tapi ibu kata aku kena yakin dengan diri aku sendiri. kalau kita sendiri tak yakin dengan diri kita macam mana orang lain nak yakin dengan diri kita? masih tak ada alasan yang boleh mengelak utk pikul semua tanggungjawab tu. berat! sangat berat! mungkin aku rasa macam tu sebab aku seorang perempuan. kan orang selalu labelkan perempuan golongan yang lemah. selalu dianiaya. diambil kesempatan. betul ke? sejauh mana kelemahan perempuan. oh! dunia dah berubah. bukan ke dah ramai lelaki yang bergantung pada perempuan. bukan ke sepaatutnya perempuan harus dapatkan kekuatan tu dari lelaki? hm.. entah lah?? dan masih lagi timbul tanda soalan tu kan. siapa yang cipta tanda soal tu? satu simbol yang sangat-sangat berat!
oh ye! mungkin ni satu peringatan Tuhan pada aku. ye lah. aku seorang hamba yang jahil. dosa masih banyak. salah! dosa makin banyak. bertambah. makin lama aku bernafas makin banyak dosa yang timbul. bukan dosa itu yang salah. semuanya salah diri aku. masalah? mungkin aku pernah sakitkan hati sesiapa sebelum ni dan Tuhan nak bagi peringatan pada aku atas kesalahan aku tu. ye lah. tak semua orang suka apa yang kita buat. kadang-kadang kita tak perasan apa yang kita dah buat. tau-tau ada saja yang simpan dendam. atau mungkin aku dah tersalah tingkah. dan Tuhan tetap sayangkan aku sebab Dia bagi aku peringatan dengan duga aku dengan sedikit masalah. tapi aku tak ada masalah. kenapa aku cakap semua ni satu masalah? padahal aku sendiri tak tahu apa yang tengah aku fikirkan. ye! ada tanda soal lagi di situ.
dan..aku dah tak mampu. tak mampu nak menaip. ye! aku akan menaip sepanjang yang mungkin. tapi buat masa ni aku tak dapat nak proses maklumat dari otak aku ni. mungkin dah tak ada apa yang nak ditaip. dan sampai masa aku berhenti juga kan? huh! kenapa masih ada tanda soal tu? dan ada lagi!! otak dah tepu! aku nak berhenti!
No comments:
Post a Comment