25 January 2010

dan ini yang tercipta

Dan puisi ini tercipta
Dalam kepekatan malam
Menghanyutkan semua dalam lautan mimpi
Tapi aku masih begini
Menanti hari merangkak siang

Dan puisi ini tercipta
Tika bisa menikam otak
Membuatkan aku lelah untuk berbicara
Tapi aku masih begini
Merelakan apa saja yang terjadi

Dan puisi ini tercipta
Diwaktu aku mengharap sinar esok
Agar bisa aku terus hidup
Tapi mungkin juga aku tetap begini
Dalam keperitan menghitung hari

Dan puisi ini tercipta
Saat aku rindukan aku
Agar dapat terus bergerak walau merangkak
Atau tetap akan terlantar
Mengharap kekuatan dari-Mu

24 January 2010

aku

BEGANG!!!

















MARAH!!













TEKANAN!!

23 January 2010

hari bosan sedunia

adoiyai. kalau sehari tak merungut tak boleh agaknye aku ni. bapak bosan lah ari ni! nak wat pe ni? assignment? da sakit otak da nk fikir. nak study? nga runsing lah! hampeh btul. klu kua g tengok wayang pon ok jugak kan? kua mkn2 ke. lpak2 PD? eh?! da lame la x g PD. boleh dipertimbangkan...

hoi ika! banyak pulak duit kau nk meryau bagai? kau engat mak bapak kau cop duit? huh! BOSAN LAH! mau tidur? dah xboleh tidur. pagi td pon bangun bila matahari dah kat atas kepala. hahaha! ha! nak cakap aku malas lah tu. aku xtdo okeh mlm td! wat assignment. waa.. seorang student yg sgt rajin. hahahaha! perasan!

dah la pg td x pegi class. ponteng plak. budget cam xnak tido je pg td. ngadap2 game kat fb. denga2 lagu. layan punye layan tetiba malap! sunyi je?? oi! laptop aku mati pulak! nak wat pe lg smentara nk tgu kul 8? golek2 lah.. lame2 TIDO!!

slamat lah kelas utk pg td. kelas dalam mimpi. sorry lah mr.jahirul. i malas giler mau pegi kelas. malas mau tengok muka u yg xhensem tu. sangat lazat lah aku dapat tido! hahahahaha!

xmo tulis tajuk! suka hati aku lah!!

td ibu siddiq msg aku nak tanya pasal siddiq. hurm.. cam ne ek nk cite. ar.. skg ni dia ckp dia cuma nak mintak tolong kat family aku jaga siddiq utk smentara tp bukan amek siddiq trus jadi ank angkat. mknanya satu hari nnt dia akan amek balik siddiq. sedih kan? dah lama jaga siddiq bukan sehari or sebulan tapi maybe dua or tiga tahun tiba-tiba dia nak amek balik. tapi nak wat cam ne. takkan nak halang. ape pon jadi siddiq tu tetap anak dia kan?

dia sebenarnya nak tunggu ekonomi dia stabil. nak abiskan study dia. nak tunggu dia dapat kje tetap and masa tu baru dia akan jaga siddiq sendiri. and yg paling penting masa tu jugak la baru dia akan berterus terang pada family dia sendiri pasal siddiq. tu mungkin aku boleh biarkan lah sebab aku tak payah fikir macam mana dia nak terus terang kat family dia sebab bukannya aku yang kena bagi tau kat family dia. tapi yang kau fikir sekarang ni macam mana nak bagi tau kat family aku?

aduih! aku rasa macam ade batu besa dah hempap atas kepala aku. otak macam nak pecah. wat assignment pon dah tak tentu arah. ape lagi nak study kan. memang hancur la. alaahai.. kalau macam ni aku tak dapat nk concern trait study. otak celaru. risau. sedih. blank. blur. takkan la aku nak biakan pointer aku jatuh lagi? alaa!! time-time macam ni la migraine nak datang! oh! jangan3!! please! assignment blom settle. boleh tak aku mintak tangguh migraine ni dari datang serang aku lagi? hah! kau ingat kau tu doraemon ke ika oi?!

kalau aku bagi tau family aku mesti diorang sedih. kecewa. and ape lg? rasa dimain-mainkan? huh! itu apa yang kau rasa. aku tak tau apa family aku akan rasa. yang kau nampak family aku dah takkan happy macam sekarang. msti rasa macam dah tak complete! kalaulah siddiq xde ayah akan jadi pendiam balik. adik pon akan buat prangai keluar malam dia tu and mungkin akan buat datang balik dia punya baran tu. siddiq dah banyak ubah family aku. kalau dia dah xada apa yang jadi?!!! aaalaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!

22 January 2010

MARAH SANGAT OKEH!!

tadi aku jalan-jalan kat blog ni then aku jumpa blog ni..kau baca lah sendiri apa yang ada dalam blog tu. yang nyatanya penulis blog tu sangat-sangat tak suka pada Islam. sesuka hati dia je nak kutuk dan hina agama Islam!! huh!

kalau ikutkan dari bahasa yang dia guna mesti dia ni dari Indonesia. tapi aku tak pasti apa agama dia. dia tulis blog seolah-olah dia dah tahu semua pasal Islam. pada hal apa yg dia tulis sangat-sangat bertentangan dengan ajaran Islam. EEE!! GERAM!!

Something to Tell

sayangnya kat Siddiq. bukan aku sorang je. ibu, ayah and adik pon sama. hari isnin tu ibu dia datang amek Siddiq. ibu cakap mlm tu ayah xboleh nak tido. rumah sunyi sangat. ayah tak nak bercakap sangat. adik pulak keluar malam-malam n balik lambat.

tapi macam mana sayang pun aku n family pada Siddiq, dia tetap hak milik orang lain. tetap hak milik ibu dia. mungkin satu hari nanti Siddiq takkan dijaga oleh family aku lagi. masa tu mesti rasa macam kosong sangat. bayangkanlah kalau terpaksa hilang orang yang dah sayang sangat! oh! aku belom b'sedia lagi utk sume tu.

umur Siddiq dah lima bulan tiga minggu. tapi dia belom inject yg tuk 5 bulan tu. ibu dia still blom bagi die punye record inject. surat beranak pon belom bagi lagi. yg ada kat ibu skg ni myKid Siddiq je. aku pulak yang beria kena fikir macam mana nak bawak Siddiq g inject. agak-agak ibu dia terfikir tak macam mana nak bawak anak dia g inject? kesian Siddiq sebab tak dapat apa yang sepatutnya dia dapat.

kadang-kadang aku ada terfikir nak bagi balik je Siddiq kat ibu dia. . bukannya aku tak suka atau dah tak sayang, tapi.. entahlah. aku kesian kat Siddiq. takkan lah aku nak biarkan dia duduk merata-rata. aku tak nak dia jadi macam budak terbiar. dia sepatutnya dibesarkan dalam persekitaran yang sihat. yg sempurna.

apa yg aku nak buat eh? alahai! aku tak boleh nk fikir pape. kalau aku wat keputusan pulangkan balik Siddiq kat ibu dia, mesti ibu, ayah n adik aku sedih kan. and aku pon akan sedih jugak. tapi dengan keadaan yang macam ni apa yang aku patut buat? tak kan aku nak desak ibu dia utk bagi record inject tu. sepatutnya dia mesti boleh fikir. itu utk ank dia. n patut ke aku mintak surat beranak dia skali?

ibu nak daftar Siddiq jd anak angkat dia yg sah. tapi tu xbermakna ibu akan halang ibu Siddiq nak datang tngok anak dia. ibu takkan halang. datanglah bila-bila. tengoklah anak dia. tapi kalau dah macma ni keadaan dia macam mana?



*penat la fikir!! exam dah dekat..

21 January 2010

Wah!!

gile bosan pagi semalam. dok kat bengkel pon cam xbleh bla je. mesin plak boleh rosak so, xboleh la nak siapkan projek tu! ee!! marah betul! yang technician plak cuti. nak tanya lecturer? haram. memang die tak tau pon pasal mesin tu. nama je lecturer.. apa yang die tau dating je! huh! geram betul ak!

budget cam boleh la siap keje tu. hampeh! at last balik uma ngan ati yang panas. bek aku sambung tido je pg tu. boleh gak sambung mimpi kan?? huhu. da sampai uma engatkot boleh la tgk tv ke hape. rupenye bil astro plak blom baya. adoiyai! lembap tul. hangen je.

lepak punye lepak kat depan tu tetibe aku cam denga bunyi yang aku familiar sangat. jantung dah dup dap dup dap. mula2 wat bodo je la. bleh plak terfikir bunyi tu dlm angan2 aku je. xlame lepas tu ntah cam ne bleh plak ternampak de antena yang aku biase sgt npk! hah! ape lagi la kan! trus bangun gi kat balcony. and......

wow! apeez da ade kat bwh blok aku! cam mimpi je. gile rindu. alah. mula la nak kata aku ngade2. pedulik hape. yang nyatanya aku memang rindu gila kat apeez. punye la bsemangat lari turun bawah. waaa....sob..sob..sob...rindu..

suke sgt wat keje diam2. xnk g tau ak. hish! klu aku ade sakit jantung aku da 'jalan' da smlm sbb tkejut. huhuhu




*lepas ni bile plak bru dpt jmp???

20 January 2010

Jepun oh Jepun

kenapa ramai orang kita yang suka pada negara Jepun? mungkin sebab negara Jepun sebuah negara yang maju. tapi apa guna kemajuan dari aspek lahiriah semata tanpa mementingkan kerohanian?

peratusan orang yang mengalami tekanan jiwa di Jepun semakin meningkat. kalau ikut apa yang aku dah survey pasal Jepun ni, hidup diorang macam robot yang dah diprogramkan dgn program yang sangat-sangat padat.

untung sangatlah kalau orang Malaysia yang dapat kerja di Jepun. gaji sangat-sangat lumayan. tapi lepas ditukar pada mata wang kita. kalau untuk tampung hidup kat Jepun,gaji yang lumayan tu takkan pernah cukup.

kalau korang nak tau harga kereta kat Jepun jauh lbh murah dari harga kereta kat Malaysia. kadang2 sampai separuh dari harga kereta kat Malaysia. tapi diorang lbh suka naik public transport dari drive sendiri. ye la. sape yg larat nk bayar parking sampai RM30 untuk satu jam. wow! RM30 untuk 1 jam. bayangkan kalau diorang kerja 8jam untuk satu hari. maknanya diorang kena spend RM240 utk parking semata-mata. itu blm t'masuk wet minyak lagi. tinggi jugak kos hidup kat sana. huh! sebab tu lah kat Jepun ramai yang sanggup pura2 kerja lebih masa utk dapat extra income. dah la starting gaji RM6000 or RM7000 je sebulan. kalau kat Malaysia dah boleh hidup senang. tapi kalau kat Jepun apa yang kau dapat dengan gaji yang banyak tu??

kat Jepun diorang tak amek kira pengalaman yang banyak untuk dihormati, tapi diorang lbh pentingkan seniority. kalau kau dah ada 10 tahun pengalaman kerja kat syarikat lain n kau masuk office baru. kau akan dianggap macam tak ada apa-apa. orang yang dah lama kerja kat situ jugak yg akn dihormati walaupun pengalaman die tak banyak. pelik-peliklah diorang ni.

ha! de lagi. kalau kau pekerja junior kau kena hidangkan teh kat semua staff yang ada kat situ. TAPI kalau kat situ ada staff pompuan, secara automatik tugas bncuh teh 2 akan dapat kat pompuan tu tak kira lah masa tu die senior atau tak. kenapa la diorang still anggap pompuan ni manusia kelas kedua??haih!!

kalau bilik sebesar 12kaki x 12kaki tanpa bilik air dan hanya mempunyai sebuah mangkuk tandas dengan sewaan RM2,000 sebulan. Setiap kali nak mandi kau kena kayuh basikal selama 10 minit ke tempat mandi awam yang dikenakan bayaran RM12. Bayangkanlah! Rumah di Tokyo memang terlalu mahal. Harga sebuah bilik sewa antara RM5,000. Dan kalau sebuah rumah yang lengkap dengan bilik air dan juga dapur harganya dlm lngkungan RM12,000. sebab tu lah agaknye orang Jepun jarang mandi. hahaha!!

kalau kau nak shopping kat Jepun n terasa nak beli lappy or handphone lbh baik btlkan je niat kau tu. sebab kau takkan paham sepatah haram pon. semua program dlm tu gunakan bahasa Jepun. kalau lappy harga die xde yg bawah RM6000. aiyoo!! mahal nk mampus! handphone kat Jepun xguna sim kad. so tak boleh lah nk guna fon Jepun kat Malaysia melainkan kalau kau sanggup nk modify. tapi boleh ke. hp kat Jepun guna talian yg dah diprogramkan n kene daftar talian Jepun. ah! gilo!

org Jepun ni sgt pntingkan kualiti. sebenarnye apple Fuji yg jual kt Malaysia adalah apple yg dah xde kualiti pada org Jepun. sbb tu dorang ekspot bende tu. harga apple kat sana blh sampai RM8.00 utk sebijik! memang aku fikir banyak kali kalau nk beli. tp mesti sedap gile kan??huhu. patut la membe ak tekanan je dok Jepun. hahaha



*ape2 pon Apple pnye iPhone 3GS tu tetap semat lah!!huhu

19 January 2010

alaaahai..

kalau dah Melayu tu tetap Malayu jugak. tak payah la nak menyama kau dari negara lain bagai. kau tetap pegang ic warna biru. n tetap Islam. kenapa mesti nak BANGGA dengan orang luar? bagus sangat ke diorang tu?

kau kata kau da cukup matang bila kau dah mula merokok, minum arak, amek pil, campo dengan jantan-jantan sangap segala. itu ke matang pada kau? sempitnya otak kau. tapi kau cakap aku yang kononnya ala-ala kampung ni yang berotak sempit.

pe maksud otak luas pada kau? mungkin bila kau mabuk, jantan-jantan yang hitam macam arang dan sangap tu heret kau? itu ke yang kau cakap kau matang? kalau itu laki kau aku xamek peduli. ni x. diorang semua member2 kau kan?

yang lagi sorang ni pulak dah mula terpengaruh dengan si manusia yang tak sedar diri. dah makin berani. ok. xapa. itu hidup kau. itu hal kau. tapi aku yang kawan kau ni mula kesian kat mak bapak kau. kenapa ye? aku ni xde lah nak kata aku baik sangat, tapi kot ye pon berpada-pada lah nak buat jahat tu. kalau buat jahat reti simpan sorang-sorang xpe lah jugak. ini tidak. siap bercerita dengan bangga apa yang kau dah buat. aku ulang. bercerita dengan bangga. dan sempat lagi merendah-rendahkan aku. ok! sikit pon aku xkesah.

oh! lagi satu. yang sorang tu tersangatlah membanggakan lelaki itam arang. kau kata kononye lelaki Melayu tu menyusahkan? bukan ke yang itam arang tu pon lelaki? and bukan ke kebanyakan sifat lelaki seakan-akan sama? mungkin kau tak pernah perasaan benda tu. kenapa kau tak pernah anggap yang orang-orang itam arang tu menyusahkan kau bila diorang suruh kau siapkan assignment diorang? oh! baiknya kau kan?

kau pernah kata aku dikongkong boifie aku. mungkin itu cara dia nak jaga aku. biarlah! ape kau susah? tapi kau tak pernah pulak cakap boifie kau yg itam arang tu kongkong kau bile semua benda kau kena report kat die? and sanggup pulak kau dengar die membebel marahkan kau bila kau pergi clubing tanpa die? aku tak paham la kau ni.

semoga kau hidup aman. tenteram. kau orang berdua buatlah apa yang kau orang suka. tapi aku nak cakap pada kawan aku tu. kau tahu tak yang kawan kau yg tengah rapat dengan kau tu sebenarnya admire pada boifie kau? tak mustahil satu hari nanti die rembat boifie kau.

inilah baru pertama kali aku jumpa dengan orang Melayu yang tak mengaku diri sendiri Melayu. dan boleh pulak mengaku kononnye tak selesa bercakap dalam bahasa melayu. huh!

17 January 2010

lagi

aku baru terfikir..

taun ni xdapat lagi nk celebrate bday sama2!!kalau anniversary ape tah lagi kan??simpan je la angan2 tu..kaan???



*mst lg best klu smbut dlm tido.. xkena telor..xkena tepung..huh!!

perubahan DRASTIK!!

ok2! tulis entri dengan tenang. tak payah nak bazir air mata kau tu. dah banyak sangat keluar sejak dua tiga hari ni. mata sentiasa merah menyala! hah!

terkejut sangat! tergamam! tak tau nak cakap apa dah! TAK BOLEH TERIMA KEYATAAN LAGI!!! lepas ni kena lah tukar aku punya rutin kat kolej. kalau dulu bagun tidur terus capai fon. kejut bangun tido. g class sama2 (masa 1 class). abes class msk. mkn mlm sama2. tapi sekarang bangun tido terus g mandi. balik clas tido. tengoklah berapa lama aku mampu tidur. kalau tak tidur pon wat assigment yg bersepah2 tu. or study tuk final.

huh! da tak tau nak tulis ape dah! PENAT! DISAPPOINTED! jnj nk grad sama2??mane?

bialah..aslkan dia bahagia





*oh ye! aku nak pindah uma 30hb ni..nnt aku update psl uma baru..siddiq da mula jln2 guna walker!

13 January 2010

hurm??

http://ohtidak.com/oh-lelaki-itu-susah/



yeke??entahlah? eh! itu tanda soal lagi. buat masa ni aku benci tanda soal!huhu..tapi mesti tetap ada lelaki yg ok..

12 January 2010

asal-usul

mungkin ramai yang tak tahu aku ni berasal dari keturunan pantang tanah. dan mesti rmai jugak yang tak tahu apa tu pantang tanah. kalau diikutkan cerita yang disampaikan secara turun temurun dari nenek dan jugak arwah moyang aku, kami ni berasal dari keturunan Bugis dan Rawa.

Asal usul pantang tanah ni kerana Raja asalnya tu yang berketurunan Rawa telah tersilap membunuh satu-satunya putera yang ada, sebab takut akan firasat bomoh yang mengatakan ada seorang yang telah lahir mengambil kuasa ditanah Rawa. Lalu diperintahnya selagi ada bayi lelaki yang lahir pada tarikh yang difirasat itu dibunuh semuanya.

Disebabkan suasana kelam kabut, pengasuhnya sedang mendukong Putera Rawa tersebut di luar Istana terkejut bayi yang didukungnya dirampas olih pengawal raja Rawa untuk diBunuh.
Setelah selesai kerja pembunuhan dilakukan maka Raja Rawa meminta Puteranya dari pengasuh tersebut, alangkah terkejutnya bahawa Puteranya turut dibunuh kerana perintahnya yang zalim itu.

Maka Tiada lagi waris yang boleh memerintah Tanah Rawa, lalu diperintah pulak ambik putera raja dari berbagai jajahan dari negeri untuk dijadikan Waris Rawa, tapi semuanya mati.

So, Raja Rawa meminta dari Raja Bugis untuk mengambil Puteranya menjadi Waris Rawa, tapi diberi satu syarat dan adat, iaitu Putera tersebut tidak boleh memijak tanah selagi upacara memijak tanah diadakan.

Bila Raja Bugis tu dah ikut syarat tu , Putera Bugis itu hidup dan menjadi waris memerintah tanah Rawa.

Maka jadilah adat pantang tanah sehingga hari ini, setiapa keturunan Raja Rawa walaupun perempuan atau lelaki mesti mengikut adat pantang tanah sehingga adat dan upacara diadakan, barulah bayi itu dibenarkan berjalan diatas tanah. Kalau tak cirit birit kuning hijau akan terjadi dan bayi itu akan cacat atau mati. itu apa yang difahamkan oleh nenek pada aku.

mungkin ada yang anggap benda ni khurafat, tapi ni sumua adat keturunan keluarga aku. buat masa ni aku dah nampak siapa yang dah dapat habuan sebab langgar pantang larang keluarga. aku tak nak cakap banyak-banyak. cuma ikut je lah kalau dah itu yang ditetapkan oleh-Nya. bagi orang luar yang nak berkahwin dengan ahli keluarga aku, aku harap orang tu faham dan hormat adat kelaurga aku. ikut je lah apa yang dah ditetapkan. bukannya sudah pon nak upacara turun tanah ni. tak makan ribu ringgit pon.

Inilah sejarah yang tersembunyi dan ada jugak tak nak ngaku dorang sebenarnya berdarah Raja Bugis campur dengan Rawa. aku sendiri macam tu. baru kali ni aku rasa nak tulis pasal asal-usul keluarga aku ni. haha..

ni la sikit-sikit cerita pasal keturunan Raja Rawa + Raja Bugis. buat masa sekarang ni nenek (orang rawa panggil datuk denggan paggilan nenek dan uci untuk opah atau nenek) selalu kasana kesini utk buat upacara jejak tanah ni.
lepas ni aku tak tau lah dia nak turunkan kat sapa. aku dengar dia nak bagi kat mak ngan atau ayah aku.

aduh!!

rindunya...rutin mingguan aku adalah balik rumah ibu and ayah. minggu lepas aku tak balik sebab ada kelas. tapi aku tak pegi pon kelas tu. kalau aku tau aku takkan pegi kelas tu dah tentu aku balik. hasil usaha aku tak balik rumah minggu lepas aku dah sakit2. hah?! homesick! poyo lah kau ika! macam budak kecik. macam lah kau xpernah jauh dari family. tapi benda ni kenyataan. bila kita tak buat perkara rutin mesti rasa lain macam kan?

kalau aku balik xde la rasa macam ni. rasa tak kena. rasa nak demam. pening2 tu dah pasti. pening dan aku memang tak boleh dipisahkan. hahaha! ni sumenye pasal aku yang gatal-gatal nak ikut apeez n dayana g amek aqim kat KLIA. sebenanye kalau aku tak ikut pon xpe. disebabkan aku ni suka sangat merayau, so aku ikut la dorang.

and sekarang ni aku rindu sangat-sangat kat Siddiq! Siddiq dah 5bulan dah. mesti makin tembam kan? makin comel. makin buas. makin cerdik!




*Siddiq!!esok along balik!!

10 January 2010

penat! mungkin??

aku penat? kenapa? banyak berfikir mungkin. tapi fikir pasal apa? itu yang aku tak tau. aku fikir benda yang aku pon tak tau apa yang aku fikir. faham ke? aku pun pening. dan dah datang migraine dah pon. tunggu masa nak parah je ni. mungkin?? kalau parah? tergolek je lah satu hari. atau mungkin dua hari? atau? entah lah aku tak tahu apa yang akan jadi esok. mungkin akan baik bila aku bangun dengan tenang. kalau dalam keadaan yang tenang. mampu ke aku bertenang dengan keadaan otak yang berserabut macam ni? study..assignment..class..penat..ada lagi tak? aku kena serang lagi ni! migraine!

tapi mungkin migraine ni datang sebab tak cukup rehat atau tidur? adakah itu salah satu kemungkinan diserang migraine? tapi bukan migraine yang aku nak ceritakan pada kali ini. aku tak tahu apa yang akan terjadi lepas ni. apa yang aku tahu aku..entahlah. aku tak tahu apa yang aku rasa sekarang ni. aku tulis bukan untuk tambah runsing sesiapa atau untuk suruh orang fikirkan apa yang aku tengah fikir sebenarnya. cuma tangan ni yang tak mampu nak berhenti menaip. tak salahkan? entah lah. entah lagi? masih timbul tanda soal tu. macam 'the mask'(betul ke?) mungkin. sampai naik hijau muka sebab banyak sangat tanda soal dalam hidup. huh! itu semua rekaan. tak sama dengan realiti.

berat betul beban hidup ni. tapi ibu pesan aku tak boleh merungut. aku tak boleh putus asa. aku kena kuat. kalau tak kuat pon kena kuatkan jugak. tak ada excuse selagi aku ni anak sulung!aku anak sulung. hah?! aku hampir lupa kenyataan tu. aku anak sulung. ya! seorang kakak pada seorang adik lelaki. ups! dua orang adik lelaki. berat betul beban yang aku kena pikul. beban sendiri pun tak terpikul rasanya. semua tanggungjawab akan diletakkan atas bahu seorang anak sulung. adil ke macam tu? mampu kah aku? aku sendiri tak yakin. tapi ibu kata aku kena yakin dengan diri aku sendiri. kalau kita sendiri tak yakin dengan diri kita macam mana orang lain nak yakin dengan diri kita? masih tak ada alasan yang boleh mengelak utk pikul semua tanggungjawab tu. berat! sangat berat! mungkin aku rasa macam tu sebab aku seorang perempuan. kan orang selalu labelkan perempuan golongan yang lemah. selalu dianiaya. diambil kesempatan. betul ke? sejauh mana kelemahan perempuan. oh! dunia dah berubah. bukan ke dah ramai lelaki yang bergantung pada perempuan. bukan ke sepaatutnya perempuan harus dapatkan kekuatan tu dari lelaki? hm.. entah lah?? dan masih lagi timbul tanda soalan tu kan. siapa yang cipta tanda soal tu? satu simbol yang sangat-sangat berat!

oh ye! mungkin ni satu peringatan Tuhan pada aku. ye lah. aku seorang hamba yang jahil. dosa masih banyak. salah! dosa makin banyak. bertambah. makin lama aku bernafas makin banyak dosa yang timbul. bukan dosa itu yang salah. semuanya salah diri aku. masalah? mungkin aku pernah sakitkan hati sesiapa sebelum ni dan Tuhan nak bagi peringatan pada aku atas kesalahan aku tu. ye lah. tak semua orang suka apa yang kita buat. kadang-kadang kita tak perasan apa yang kita dah buat. tau-tau ada saja yang simpan dendam. atau mungkin aku dah tersalah tingkah. dan Tuhan tetap sayangkan aku sebab Dia bagi aku peringatan dengan duga aku dengan sedikit masalah. tapi aku tak ada masalah. kenapa aku cakap semua ni satu masalah? padahal aku sendiri tak tahu apa yang tengah aku fikirkan. ye! ada tanda soal lagi di situ.

dan..aku dah tak mampu. tak mampu nak menaip. ye! aku akan menaip sepanjang yang mungkin. tapi buat masa ni aku tak dapat nak proses maklumat dari otak aku ni. mungkin dah tak ada apa yang nak ditaip. dan sampai masa aku berhenti juga kan? huh! kenapa masih ada tanda soal tu? dan ada lagi!! otak dah tepu! aku nak berhenti!